Home Sukan Sheffield pecah rekod beli Berge

Sheffield pecah rekod beli Berge

Sander Berge

LONDON – Sheffield United memecah rekod pembelian tertinggi kelab selepas menandatangani pemain tengah Norway, Sander Berge dari kelab juara Belgium, Genk.

Biarpun tidak mendedahkan yuran perpindahan itu tetapi media tempatan melaporkan The Blades telah membayar 22 juta pound (RM117.7 juta) untuk perancang 21 tahun itu.

Jumlah itu mengatasi jumlah 20 juta pound (RM107 juta) yang dibayar kepada kelab divisyen dua Swansea City untuk penyerang Scotland, Oli McBurnie pada Ogos lalu.

Sheffield yang memecahkan rekod perpindahan mereka sebanyak lima kali sejak kembali ke liga tertinggi Inggeris itu kini berada di tangga kelapan dengan 33 mata daripada 24

Berge yang sudah beraksi 20 kali bersama negaranya telah mengumpul 98 penampilan bersama Genk dan menjaringan enam gol dan memiliki pengalaman Liga Juara-Juara.

Dia bakal diturunkan buat kali pertama esok apabila Sheffield bertandang ke Crystal Palace. –