PETALING JAYA – Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Syed Hamid Albar berkata kebanyakan pemimpin tertinggi parti itu menang tanpa bertanding pada pemilihan kali pertama parti itu.
Antaranya Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi Ketua Bahagian Langkawi, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi bahagian Pagoh, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagi bahagian Muar dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir bagi bahagian Jerlun.