KUALA LUMPUR – Senator Mohd Yusmadi Mohd Yusoff mengakui bahawa kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis pada 18 Januari lalu kerana pengalamannya sebagai parti politik paling berkuasa di dunia.
Yusmadi selaku bekas ahli Parlimen Balik Pulau berkata, kekuatan BN dalam memenangi lima PRK berturut-turut dapat dilihat daripada jentera parti yang tersusun dan sentiasa bersiap siaga hingga ke akar umbi.
“Bagi saya UMNO parti politik paling berkuasa di dunia, tak pernah kalah. Dalam dunia parti di Jepun kalah, saya berada di Sepanyol, Indonesia, Mesir dan merentasi seluruh dunia, UMNO baru sekali kalah, hilang kerajaan sekali.
“Sangat berkuasa, apa maksudnya? UMNO sangat berpengalaman, jentera dan akar umbi sangat membantu.
“Saya nampak perkara itu di Tanjung Piai, saya nampak di Kimanis, saya nampak dalam banyak pilihan raya termasuk PKR,” katanya bercakap pada Diskusi Pasca PRK Kimanis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, malam ini.
Medey menang pilihanraya melalui fitnah..jgn kata kerajaan BN..empayar dunia pun runtuh kerana fitnah..termasuklah pemerintahan Khulafa Ar-Rashideen & Umayyah..so ada sesape heran ke??