KUALA LUMPUR- AirAsia menafikan laporan yang mengatakan ia terlibat dengan siasatan yang membabitkan salah laku pengeluar kapal terbang dari Eropah, Airbus.
Syarikat penerbangan tambang murah itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia juga tidak diberi peluang untuk memberikan sebarang maklumat atau penjelasan berhubung siasatan tersebut.
“Pemeteraian perjanjian pembelian pesawat tidak pernah dibuat oleh seorang individu sahaja sebaliknya keputusan diambil selepas melalui proses penilaian yang teliti, pertimbangan yang jelas dan keputusan secara kolektif di antara ahli-ahli lembaga pengarah selepas mengambil kira semua spesifikasi teknikal, prestasi pesawat dan ekonomi operasi.
“Kehebatan dan keupayaan pesawat ditambah dengan harga tawaran yang kompetitif diperlukan bagi mengekalkan daya saing kami dalam perniagaan penerbangan.
“Ini yang menjadi pertimbangan utama kami.
“Sebagai pelanggan Airbus sejak 2005, kami tidak pernah membuat keputusan pembelian hanya bersandarkan tajaan daripada syarikat berkenaan,” kata kenyataan berkenaan.
Tegasnya, kesemua rundingan dan komunikasi sehingga perjanjian pembelian dimeterai dilakukan terus dengan Airbus secara profesional tanpa melibatkan pihak ketiga atau orang tengah.
Menyentuh mengenai tajaan pasukan sukan, AirAsia berkata, penglibatan Airbus bukanlah sesuatu yang rahsia sebaliknya ia diketahui umum dan menerima publisiti meluas.
Artikel berkaitan: Airbus didakwa rasuah eksekutif AirAsia, AirAsia X
Menurut laporan media hari ini, Airbus didakwa telah merasuah pegawai-pegawai AirAsia dan AirAsia X sebanyak AS$50 juta (kira-kira RM204.8 juta) bagi mendapatkan kontrak untuk membekalkan pesawat kepada syarikat penerbangan tambang murah itu.
Laporan theedgemarkets.com menyatakan, dana tersebut digunakan untuk menaja sebuah pasukan sukan yang tidak dinamakan.
Sementara itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah memulakan siasatan berhubung dakwaan pembuat pesawat, Airbus, merasuah pegawai-pegawai AirAsia dan AirAsia X.
Ketua Pesuruhjayanya, Latheefa Koya berkata, di bawah Akta SPRM, pihaknya mempunyai kuasa dan bidang kuasa untuk menyiasat apa-apa tindakan rasuah yang dilakukan oleh mana-mana warganegara atau penduduk tetap Malaysia di mana-mana tempat luar Malaysia.
Siapa executive 1 & executive 2 yang dimaksudkan?
Dah dapat CASH!
Kah..kah..kah..