Home Ekonomi Airbus akan bayar €1 bilion di UK selesaikan rasuah global

Airbus akan bayar €1 bilion di UK selesaikan rasuah global

LONDON – Pembuat pesawat terbesar dunia, Airbus, akan membayar kira-kira €1 bilion (AS$1.11 bilion) dalam mengehadkan siasatan jenayah di Britain selama tiga setengah tahun terhadap tuduhan penipuan, memberi suapan dan rasuah.

Di bawah Perjanjian Pendakwaan Tertunda (DPA) selama tiga tahun yang disahkan Mahkamah Tinggi London semalam bermakna pembuat pesawat Eropah itu mengelakkan pendakwaan di London dalam kes membabitkan transaksi yang melibatkan lebih daripada 12 negara.

Para pendakwa raya United Kingdom (UK) berkata, Airbus gagal untuk mengelak individu yang dikaitkan dengan syarikat daripada rasuah yang melibatkan syarikat dari Malaysia, AirAsia dan AirAsia X, Sri Lankan Airlines (Sri Lanka), TransAsia Airways (Taiwan), Garuda (Indonesia) dan Citilink (Indonesia).

Mereka berkata, kes tersebut juga membabitkan penjualan pesawat tentera kepada Ghana.

Terdahulu, pendakwa raya Perancis berkata, pembuat pesawat itu akan membayat sebanyak €3.592 bilion berikutan denda rasuah global apabila penyelesaian dicapai. – Agensi