Home Dunia Turki kritik negara-negara Arab berdiam diri terhadap perjanjian Timur Tengah

Turki kritik negara-negara Arab berdiam diri terhadap perjanjian Timur Tengah

Penunjuk perasaan Palestin melarikan diri selepsa tentera Israel melepaskan tembakan dan gas pemedih mata. foto Agensi

ANKARA – Presiden Turki, Tayyip Erdogan mengkritik Arab Saudi dan Negara-Negara Teluk lain kerana tidak menyuarakan bantahan terhadap rancangan Timur Tengah anjuran Amerika Syarikat (AS) yang mana beliau berkata ia mengesahkan Israel untuk memperluaskan kawasannya dengan mengambil tanah Palestin.

Erdogan berkata, pendirian negara Arab terhadap Palestin adalah menyedihkan dan negara yang gagal menyarakan pandangan akan bertanggungjawab ke atasĀ  ‘keputusan yang berbahaya’ itu, lapor Reuters.

Pada Selasa lalu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mewujudkan negara Palestin tanpa tentera dengan menetapkan sempadannya untuk bertemu Israel tanpa sebarang keselamatan, ia bagi membolehkan AS mengiktiraf penempatan Israel di Tebing Barat yang dicerobah dan Juresalem dijadikan ibu negara Israel yang tidak dipisahkan.

Turki menolak rancangan itu kerana ia merupakan cubaan untuk mencuri tanah Palestin dan menamatkan prospek menubuhkan negara Palestin di samping Israel.

Walaupun Turki menolak rancangan tersebut dan memboikot Trump, tiga Negara Teluk, Oman, Bahrain dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menghadiri perjumpaan di White House di mana Trump mengumumkan rancangannya itu.

“Apabila kami melihat pendirian negara dalam dunia Islam terhadap langkah ini dan teks pengumuman, saya kasihankan kami. Terutama Arab Saudi, anda berdiam diri. Bila Anda akan bersuara?

“Perkara yang sama berlaku kepada pemimpin Oman, Bahrain dan Abu Dhabi (UAE),” kata Erdogan ketika mengulas perkara itu kepada ahli partinya di Ankara.

“Malah mereka pergi dan bertepuk tangan. Memalukan.

“Beberapa negara Arab menyokong sebuah rancangan yang mengkhianati Jerusalem, penduduk mereka dan kebanyakan kemanusiaan,” tambah beliau.

Walaupun dalam sejarah negara itu menyokong Palestin, beberapa negara Arab kelihatan memberi keutamaan kepada hubungan rapat dengan AS dan berkongsi musuh dengan Iran berbanding sekutu tradisi Arab.

Arab Saudi melahirkan penghargaan terhadap usaha Trump dan menyokong secara langsung ke atas rundingan perdamaian di bawah naungan AS, walaupun media negara itu melaporkan Raja Salman menyatakan kepada Presiden Palestin terhadap sokongan tidak berbelah bahagi Riyadh.

Hubungan Turki dengan Arab Saudi, Mesir dan UAE tegang terhadap beberapa isu, daripada pembunuhan wartawan warga Arab Saudi, Jamal Khashoggi di konsulatnya di Istanbul hingga kepada polisi di Libya.

Erdogan berkata, ‘tidak dapat dijelaskan’ Palestin yang ditekan untuk menerima rancangan itu sambil menambah beliau akan berbincang dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan pemimpin Hammas, Ismail Haniyeh pada Jumaat ini.

Abbas akan memperkatakan mengenai rancangan itu kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu – Agensi