Home Dunia Koronavirus: Jumlah kematian naik kepada 350, kes jangkitan terus bertambah

Koronavirus: Jumlah kematian naik kepada 350, kes jangkitan terus bertambah

BEIJING – Jumlah kematian akibat wabak koronavirus di wilayah tengah Hubei, China terus meningkat kepada 350 dengan 56 kes kematian baru.

Terdapat 2,103 lagi kes yang dikesan di Hubei, yang menjadi pusat wabak itu, menjadikan jumlah keseluruhan di wilayah itu kepada 11,177 setakat semalam.

Hubei, yang menjadi lokasi tercetusnya wabak itu melaporkan 41 kes kematian baru.

Sejumlah 265 orang di Wuhan dilaporkan meninggal dunia akibat virus itu.

Kes baru yang disahkan melonjak sebanyak 1,033 di Wuhan dan 244 di Huanggang.

Dua kematian baru pula dilaporkan di bandar yang terletak kira-kira 60 kilometer (37 batu) di timur Wuhan. – MalaysiaGazette