Home Nasional Malaysia tak import haiwan hidup, produk wilayah Hunan

Malaysia tak import haiwan hidup, produk wilayah Hunan

Datuk Dr. Quaza Nizamuddin Hassan Nizam. Foto; Bernama

KUALA LUMPUR – Malaysia tidak mengimport haiwan hidup dan produk dari ladang di Shaoyang Wilayah Selatan Hunan, China.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Jabatan Perkhidmatan Veterinar menyatalkan pendirian itu berikutan laporan Reuters baru baru ini melaporkan China yang kini dilanda satu lagi jangkitan virus selesema burung H5N1 ke atas ayam-ayam di ladang Shaoyang, di Selatan Wilayah Hunan, China pada 1 Februari lalu.

Laporan itu menambah bahawa penularan itu berlaku di sebuah ladang membabitkan 7,850 ekor ayam, yang mana 4,500 ekor daripadanya mati akibat selsema burung H5N1

Rentetan itu pihak berkuasa China telah membunuh sebanyak 17,828 ayam berikutan wabak tersebut.

“Oleh kerana pihak China telah mengambil tindakan untuk mengawal penyakit H5N1 yang terjadi, Malaysia tidak mengimport haiwan hidup dan produk daripada kawasan ini.

“Namun Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan sentiasa memantau keadaan dan berhubung dengan OIE (World Animal Health Organisation) untuk mengetahui status kedudukan sebenar dari masa ke semasa,” kata Datuk Dr. Quaza Nizamuddin Hassan Nizam dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, Malaysia mengimport keratan ayam daripada loji pemprosesan ayam yang berada kirakira 1,313 kilometer daripada tempat kejadian iaitu di Liaocheng, Shangdong.

“Jabatan sentiasa mengambil sampel keratan ayam yang dibawa masuk untuk diuji bagi penyakit H5N1 dan setakat ini tiada sampel yang positif.

“Langkah berjaga-jaga akan ditingkatkan dan sampel akan diambil daripada setiap kosainmen untuk diuji,” tegas beliau lagi.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Hunan pula dilanda H5N1