KUALA LUMPUR – Datuk Muez Abd Aziz memulakan tugas sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertahanan Malaysia yang baharu secara rasmi hari ini.
Beliau yang bersut biru tiba di pekarangan Wisma Pertahanan kira-kira jam 8.30 pagi di Kementerian Pertahanan di Jalan Padang Tembak.
Kehadiran Muez disambut oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan),Mastura Ahmad Mustafa, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Dr. Karminder Singh Dhillon dan Pengurusan Tertinggi Kementerian Pertahanan.
Beliau turut mengetip kad perakam waktu sebelum memasuki pejabat Ketua Setiausaha untuk memulakan tugasnya secara rasmi.
Seterusnya Muez telah mengadakan pertemuan bersama Ahli Pengurusan Tertinggi Kementerian Pertahanan.
Muez telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan berkuatkuasa 1 Februari 2020 menggantikan Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali yang telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara.