Home Dunia 14 murid sekolah rendah maut akibat merempuh

14 murid sekolah rendah maut akibat merempuh

Ibu bapa murid Sekolah Rendah Kakamega berada di perkarangan sekolah selepas berlaku rempuhan yang menyebabkan 14 orang meninggal dunia. foto Agensi

NAIROBI – Sekurang-kurangnya 14 orang murid dalam rempuhan di Sekolah Rendah Kakamega di barat Kenya.

Manakala hampir 40 orang murid lain cedera termasuk beberapa orang dilaporkan kritikal.

Kejadian itu berlaku semasa murid-murid meninggalkan kelas masing-masing untuk pulang ke rumah kira-kira jam 5 petang (waktu tempatan), petang semalam.

Menteri Pendidikan, George Magoha mengesahkan kematian tersebut.

“Kehilangan anak sangat menyedihkan. Takziah kepada ibu bapa berkenaan,” kata Magoha.

Punca rempuhan tidak dapat dipastikan dan siasatan penuh sedang dijalankan.

Bekas Perdana Menteri Kenya, Raila Odinga meminta satu siasatan menyeluruh dilakukan atas kejadian tersebut.

Tetapi beberapa laporan menyebut mereka berasak-asak turun tangga yang sempit menyebabkan tangga berkenaan runtuh.

Akhbar Daily Nation melaporkan ada beberapa kanak-kanak terjatuh dari tingkat tiga ketika mereka sedang berlari.

Kejadian itu menimbulkan persoalan mengenai keselamatan kanak-kanak Kenya di sekolah.

Ini kerana pada September tahun lalu, lapan murid meninggal dunia dan 69 lagi cedera apabila sebuah kelas runtuh di sekolah rendah di Nairobi. – MalaysiaGazette