WASHINGTON – Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) menyokong usaha China menangani koronavirus dan yakin ekonomi negara itu kekal berdaya saing.
Menerusi Twitter, Pengarah Urusan IMF, Kristalina Georgieva melahirkan rasa simpati dengan mangsa-mangsa yang terkesan dengan wabak berkenaan.
“Kami menyokong usaha China dalam melaksanakan bertindak balas yang dilakukan, termasuk tindakan fiskal, monetari dan kewangan Kami yakin ekonomi China kekal berdaya tahan,” kata Georgieva.
Dalam taklimat akhbar baru-baru ini, jurucakap IMF, Gerry Rice turut menyokong langkah-langkah China dalam menangani wabak itu dengan menyatakan China “mengambil tindakan dengan serius.”
Rice berkata, China adalah ekonomi yang besar dengan sumber dan kesungguhan menangani cabaran wabak radang paru-paru yang disebabkan oleh koronavirus. – MalaysiaGazette