BUENOS AIRES – Marcos Rojo membuat kemunculan semula di hadapan puluhan ribu penyokong Estudiantes dalam sambutan kepulangannya selaku pemain ‘pinjaman’ dari Manchester United.
Rojo, 29, membuat 122 penampilan bersama Red Devils dan masih mempunyai kontrak sehingga musim panas 2021.
Pemain pertahanan itu bergelut dengan tahap kecergasan sebelum ini namun kini dilihat semakin pulih.
Bagaimanapun dia sukar mendapatkan tempat di dalam kesebelasan utama United kerana sistem pemilihan pemain yang ditetapkan pengurus, Ole Gunnar Solksjaer.
“Marcos adalah pemain yang saya minati. Dia sentiasa bersemangat ketika dalam perlawanan dan juga seorang pemenang sejati. Namun Rojo sukar mendapatkan minit perlawanan selepas bergelut dengan beberapa siri kecederaan”.
“Adalah sangat penting untuk dia kembali beraksi dalam perlawanan yang kompetitif.
“Dia ingin segera kembali cergas, menikmati aksi tahap tertinggi. Saya mengharapkan dia dapat beraksi dengan hebat untuk Estudiantes, sambil membantu Seba (Juan Sebastian Veron) dan kelab itu serta layak ke Copa America. Itu cara yang saya dapat membantu Rojo ketika ini”.
“Dia adalah lelaki Argentina yang penuh dengan keberanian dan selalu menyokong pasukannya. Sudah tentu Rojo masih mempunyai masa depan di sini,” kata Solksjaer. – MalaysiaGazette