Home Dunia Draf resolusi kutuk cadangan pendamaian Trump

Draf resolusi kutuk cadangan pendamaian Trump

WASHINGTON – Draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk rancangan Israel untuk merampas penempatan di Tebing Barat yang dikemukakan oleh Presiden Donald Trump.

Teks draf yang diedarkan kepada anggota dewan oleh Tunisia dan Indonesia, nampaknya akan menghadapi veto Amerika Syarikat.

Diplomat berkata, rundingan mengenai teks itu mungkin akan bermula lewat minggu ini.

Presiden Palestin Mahmoud Abbas dijangka bercakap pada majlis itu minggu depan tentang rancangan tersebut, mungkin secara kebetulan dengan undian mengenai draf resolusi.

Resolusi itu “menegaskan tidak sah untuk mengambil penempatan mana-mana bahagian” wilayah Palestin yang diduduki dan “mengutuk pernyataan baru-baru ini yang menyebut rampasan oleh Israel” bagi wilayah-wilayah ini, menurut draf yang dilihat oleh Reuters.

Pelan Trump, hasil usaha tiga tahun oleh penasihatnya, Jared Kushner, dilihat akan mengiktiraf kuasa Israel atas penempatannya.

Cadangan itu juga memerlukan rakyat Palestin memenuhi syarat-syarat yang sangat sukar untuk membenarkan mereka memiliki negara, termasuk ibu negaranya di Tebing Barat, perkampung timur Baitulmaqdis.

Kushner dijanga memberi taklimat kepada badan dunia itu pada hari Khamis.

Walaupun Palestin menolak rancangan itu, beberapa kerajaan Arab menyatakan ia merupakan titik permulaan untuk pembaharuan rundingan yang lama.

Resolusi menekankan perlunya percepatan usaha antarabangsa dan serantau melancarkan “rundingan yang boleh dipercayai mengenai semua isu status akhir dalam proses perdamaian Timur Tengah tanpa pengecualian.”

Veto AS di peringkat majlis akan membolehkan rakyat Palestin mengambil teks draf itu ke Perhimpunan Agung PBB yang mempunyai 193 ahli, yang mana undi secara terbuka akan menunjukkan sama ada rancangan perdamaian Trump boleh diterima di peringkat antarabangsa. – MalaysiaGazette