SHANGHAI – Jumlah kematian akibat koronavirus di China kini mencecah 490 orang setakat semalam.
Jumlah itu meningkat sebanyak 65 berbanding sehari sebelumnya, kata Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan.
Semua kematian baru itu berlaku di wilayah Hubei – pusat penularan wabak itu
Keseluruhan kes baru koronavirus di China sehingga semalam disahkan sebanyak 3,887, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 24,324. – MalaysiaGazette