Home Ekonomi Penumpang lapangan terbang Dubai susut untuk kali pertama

Penumpang lapangan terbang Dubai susut untuk kali pertama

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai. foto Agensi

DOHA – Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, lapangan terbang paling sibuk di dunia mengendalikan 86.4 juta penumpang pada tahun 2019, susut 3.1% berbanding tahun sebelumnya.

Ia merupakan kejatuhan trafik kali pertama.

Ketua Eksekutifnya, Paul Griffiths berkata, penurunan jumlah penumpang itu disebabkan oleh penutupan syarikat penerbangan Jet Airways, penutupan sementara landasan dan penggantungan pesawat Boeing 737 MAX di seluruh dunia.

Lapangan terbang itu dilaporkan kehilangan 3.2 juta penumpang.

Dubai adalah destinasi popular bagi syarikat penerbangan India seperti Jet Airways, manakala flydubai, yang berpusat di lapangan terbang itu adalah pengguna 737 MAX.

Jumlah trafik juga merosot pada tahun 2018 apabila menyaksikan pertumbuhan 1%, kadar paling perlahan sedangkan jangkaannya adalah dua digit.

Jumlah pendaratan dan pelepasan turun 8.6% kepada 373,261 pada tahun lalu manakala purata jumlah penumpang bagi setiap penerbangan naik 5.8% kepada 239.

Menurutnya, penumpang trafik meningkat sebanyak sebanyak 1.3% pada suku keempat kepada 21.9 juta, dengan pengendalian kira-kira 7.2 juta penumpang setiap bulan sepanjang tahun.

Bagaimanapun, trafik penumpang suku tahun pertama tahun ini mungkin akan terjejas disebabkan wabak koronavirus di China, yang telah menyebabkan penggantungan penerbangan ke dan dari kuasa ekonomi kedua terbesar itu.

Emiriah Arab Bersatu, yang menjadi sebahagian Dubai, menangguhkan semua penerbangan ke dan dari China kecuali Beijing, mulai 5 Februari lalu. – MalaysiaGazette