Dua lagi rakyat Malaysia disahkan positif wabak koronavirus selepas dibawa pulang dari China pada Selasa 4 Februari lalu.
Kedua-dua mereka merupakan bapa dan anak yang masing masing-masing berusia 45 dan sembilan tahun yang semasa saringannya tidak menunjukkan simptom sebelum disahkan positif hari ini.
Mereka adalah sebahagian 107 individu yang dibawa pulang ke tanah air melalui misi kemanusiaan yang mana selebihnya 105 orang hasil negatif koronavirus setakat ini.