Home Politik ‘Percayalah, kepentingan agama, bangsa dan negara diutamakan’

‘Percayalah, kepentingan agama, bangsa dan negara diutamakan’

Shamsul Anuar Nasarah

KUALA LUMPUR – UMNO parti berpengalaman dan segala apa yang mahu dilakukan mengambil kira pelbagai perkara.

It tegas Ketua Penerangan UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

“Percayalah, sudah tentu agama, bangsa dan negara diutamakan. Kepentingan parti, ahli dan penyokong UMNO akan didahulukan.

“Yakinlah kepada Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Malaysia. MT UMNO Malaysia memahami tangggungjawab dan amanah parti. Sudah tentu perkara terbaik untuk parti akan dilakukan”, ujarnya dalam kenyataan menerusi Facebooknya hari ini.

Walaupun tidak menyebut khusus mengenai apa kenyataan itu namun sudah tentu ia ada kaitan dengan mesyuarat MT esok yang akan memutuskan sama kerjasama dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi membentuk kerajaan baharu dipersetujui atau tidak.

Dalam pada itu, Shamsul Anuar menyeru seluruh pimpinan dan ahli parti di semua peringkat untuk perkukuhkan kekuatan parti dan mengutamakan perpaduan.

“Hadapi musuh sebenar kita dan elakkan berperang sesama sendiri,” ujarnya.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Buat perjanjian kena ada hitam puteh, saksi, entah apa lagi! masing2 turun tandatangan.

    Jangan jadi parti satu lagi tiada hitam puteh? perjanjian jadi PM cakap2 kosong? janji bulan bintang cakrawala tak laku dalam mahkamah!

    Kah..kah..kah…

Comments are closed.