PUTRAJAYA – Zuraida Kamarudin mengakui sudah melihat sendiri dua surat saman yang dihantar oleh dua pemimpin PKR kepadanya baru-baru ini.
Bagaimanapun Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin menegaskan beliau tidak akan menjawab surat saman tersebut bahkan mencabarnya dibawa ke mahkamah.
“Saya sudah lihat (surat saman). Oleh kerana ia saman fitnah, jadi saya biarkan saja sebab ia akan dibawa ke mahkamah.
“Saya tiada isu dengan surat saman itu. Bring it on, tiada masalah,” katanya kepada pemberita di Hotel Everly malam ini.
Terdahulu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu hadir pada Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 dan Jasamu Dikenang 2019, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Beliau yang juga Ahli Parlimen Ampang itu mengulas dua surat saman yang dihantar kepadanya oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Politik Presiden PKR, Farhash Wafa Salvador, baru-baru ini.
BACA: Farhash hantar notis tuntutan kepada Zuraida
Sebelum ini, Farhash mengancam untuk menyaman Zuraida kerana didakwa memfitnah.
Ini berkenaan ucapan Zuraida pada majlis makan malam di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur pada 8 Disember lalu.
Majlis itu mengumpulkan kira-kira 2,000 penyokong Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Berdasarkan notis tuntutan melalui firma guaman Mohd Ashraf, Nik Zarith & Co, ucapan Zuraida membayangkan Farhash bertanggungjawab terhadap kekecohan pada Kongres Nasional PKR di Melaka. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: