Kerajaan Persekutuan tidak akan mencampuri urusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam isu rasuah membabitkan syarikat penerbangan AirAsia.
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, sebagai badan bebas, SPRM boleh melakukan siasatan tanpa gangguan termasuk semua transaksi melibatkan Airbus SE, AirAsia Bhd dan AirAsia X Bhd.
“Saya fikir itu adalah tugas SPRM untuk memeriksa transaksi mereka.
“Ia bukan kuasa kita tapi kuasa SPRM untuk ambil tindakan sewajarnya.
“Terpulang kepada SPRM, sebab dia badan bebas, dia bebas buat siasatan. Kerajaan tidak akan campur tangan,” katanya kepada pemberita di kementerian, di sini, hari ini.