Home Sukan Ibu menangis, jiran berpesta selepas Ighalo sertai Man United

Ibu menangis, jiran berpesta selepas Ighalo sertai Man United

LONDON- Odion Ighalo yang kembali ke Liga Perdana Inggeris mendedahkan dia sanggup melakukan apa sahaja termasuk untuk dipotong gaji bagu memastikan perpindahan ke Manchester United menjadi kenyataan.

Pemain antarabangsa Nigeria itu turut mengakui beliau tidak boleh tidur malam ketika rundingan ke Old Trafford sedang dilakukan.

Pemain berusia 30 tahun itu menyertai United dari Shanghai Shenhua secara pinjaman sehingga ke akhir musim ini.

Malah bekas pemain Watford itu memberitahu ibunya menangis apabila mendapat tahu perkhabaran Ighalo menyertai United dan penduduk di kawasan kejiranan pemain itu di Nigeria seolah-olah berparti meraikannya.

“Tolonglah, pilih sahaja United jika masih terdapat kemungkinan untuk itu berlaku.

“Pada 11 malam di Shanghai ejen menghubungi saya dan memberitahu United mahu meneruskan urusniaga. Jadi pada malam itu saya bangun dan mendapatkan penterjemah untuk pergi ke kelab bilik pengarah (Shanghai Shenhua).

“Saya berkata ejen saya mahu bercakap kepada anda. United mahukan saya, dan anda harus memastikan perkara ini terjadi,” katanya dalam temuramah pertama kepada media.

Sebelum ini, terdapat beberapa kelab lain turut menghubungi Ighalo dan Tottenham Hotspur dilaporkan sebagai salah sebuah pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmat pemain tersebut.

“Saya beritahu ejen saya bahawa saya hanya mahukan ini (United),” tambah Ighalo.

“Saya tidak peduli dipotong gaji bagi memastikan perpindahan ini menjadi kenyataan. Saya hanya mahu ke United,” katanya. – MalaysiaGazette