GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, ia terlalu awal untuk menyatakan penularan koronavirus di China sedang memuncak.
Tetapi China telah merekodkan penurunan kes baru jangkitan koronavirus.
Jumlah kematian akibat koronavirus di China naik sebanyak 73 kes kepada 563 dengan lebih 28,000 orang disahkan dijangkiti.
Angka itu melonjak hampir 4,000 daripada hari Rabu hingga Khamis.
Dr. Mike Ryan, pakar kecemasan tertinggi WHO berkata, ia amat sukar untuk membuat ramalan mengenai penyakit itu kerana ia masih berada di tengah-tengah situasi sukar.
Wabak itu kali pertama di kesan di bandar Wuhan pada akhir Disember lalu.
“Terdapat kitaran penularan dan kita mungkin melihat kes-kes itu meningkat pada hari-hari yang akan datang. Tetapi sekurang-kurangnya buat masa ini, ia stabil.
“Tetapi 4,000 kes atau hampir 3,700 kes koronavirus disahkan dalam satu hari, tidak ada yang dapat dirahsiakan dan sudah tentu masih banyak kebimbangan,” kata Ryan dalam sidang akhbar.
Terdapat kenaikan berterusan dalam jangkitan wilayah Hubei, yang menyumbang kira-kira 80 peratus kes, Ryan berkata, sambil menambah: “Tetapi kita tidak melihat pertambahan yang sama di wilayah di luar Hubei. Dan sama juga kita tidak melihat kenaikan di Hong Kong, Macau dan Taiwan”.
Maria van Kerkhove, ahli epidemiologi WHO pula menyatakan virus ini menyebabkan “spektrum penyakit penuh”.
“Anda akan mengalami kes ringan yang kelihatan seperti selesema biasa, yang mempunyai beberapa gejala pernafasan – sakit tekak, hidung berair, demam – sepanjang jalan melalui pneumonia.
“Dan ia boleh menyebabkan gejala pelbagai peringkat pneumomia, melalui pelbagai kegagalan organ dan kematian,” katanya yang menyeru kajian lanjut bagaiman daripada penyakit ringan ia boleh menyebarkan koronavirus. – MalaysiaGazette