Home Politik Saya redha dan akan terus setia kepada UMNO – Lokman Adam

Saya redha dan akan terus setia kepada UMNO – Lokman Adam

Lokman Noor Adam UMNO
Lokman Noor Adam

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam redha dengan keputusan Majlis Tertinggi memecat beliau daripada menjadi ahli parti itu.

Katanya, beliau telah dimaklumkan keputusan tersebut dicapai menerusi proses mengundi angkat tangan yang tidak sepatutnya mengambil kira undian pengerusi-pengerusi perhubungan negeri yang bukan MT.

“Saya redha dengan tindakan Zahid (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi), namun saya tetap setiap kepada UMNO.

“Saya akan meneruskan perjuangan saya menentang Pakatan Harapan dan talibarut musuh di dalam UMNO melalui sebuah NGO laskar siber Malaysia.

“In Sya Allah, bila Dato’ Sri Najib kembali menjadi Presiden UMO, saya akan memohon semula menjadi ahli UMNO,” katanya.

Lokman juga mendakwa, apa yang penting, rancangan Zahid untuk memaksa 3.7 juta ahli UMNO untuk mengangkat Mahathir menjadi pengerusi Pakatan Nasional telah gagal. – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan:

Lokman Adam dipecat

5 Komen

  1. Banyak bende yang boleh dibincangkan dalam mesyuarah2 tertutup, ada perkara yang secret ada yang tidak!

    Ini bukan mesyuarat biashe2 dikedai kopi! Kah..kah..kah..

  2. Heran apasal dia sokong DSNR?
    UMNO ni bg org baru je jadi MT
    Kalau nk menang pRU15 Kaki songlap undur

Comments are closed.