KUALA LUMPUR – Bekas Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Ramli Din dilantik secara rasmi sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman yang baharu, hari ini.
Beliau menggantikan Datuk Mohd Khalil Kader Mohd yang akan bersara wajib pada Ahad ini. Majlis serah terima tugas antara Ramli dan Mohd Khalil berlangsung di Mess Pegawai Kanan Bukit Aman dengan disaksikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini.