Home Dunia Koronavirus: 81 lagi kes kematian koronavirus di Hubei

Koronavirus: 81 lagi kes kematian koronavirus di Hubei

Gambar hiasan

SHANGHAI – Jumlah kematian di wilayah Hubei, China akibat wabak koronavirus meningkat 81 hingga 699 setakat hari Jumaat, kata suruhanjaya kesihatan wilayah itu dalam satu kenyataan di laman webnya.

Terdapat lebih 2,841 kes baru dikesan, menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 24,953 orang

Kebanyakan kematian baru di Wuhan iaitu ibu kota Hubei.

Wuhan melaporkan 67 kematian baru pada hari Jumaat, meningkat daripada 64 pada hari sebelumnya.

Suruhanjaya kesihatan itu berkata, sebanyak 545 orang di Wuhan kini telah meninggal dunia akibat virus itu.

Kes baru yang disahkan di Wuhan pula meningkat sebanyak 1.985 pada hari Jumaat, bertambah daripada 1,501 kes pada hari Khamis. – MalaysiaGazette