Home Dunia Penjara dan denda jika gagal patuhi peraturan kekang koronavirus

Penjara dan denda jika gagal patuhi peraturan kekang koronavirus

Seorang wanita memegang dua kotak topeng mulut dan hidung di sebuah pasar raya di Hong Kong. foto Bloomberg

BEIJING – Hong Kong mengenakan dua minggu kuarantin kepada sesiapa sahaja yang tiba dari China dalam usaha mengekang penularan wabak koronavirus.

Para pelawat perlu mengasingkan diri di dalam bilik hotel atau pergi ke pusat yang dikendalikan kerajaan.

Penduduk Hong Kong yang pulang dari China pula perlu berada di dalam kediaman masing-masing.

Ia merupakan peraturan mandatori yang diperkenalkan.

Sesiapa yang tidak mematuhi arahan itu akan dikenakan denda atau penjara.

Langkah baru itu dibuat susulan 26 orang disahkan dijangkiti koronavirus dan satu kematian.

Di China seramai 31,203 orang disahkan dijangkiti wabak maut itu dengan menyaksikan 636 kematian.

Di luar China pula, sebanyak 270 kes telah disahkan di 25 buah negara dengan satu kematian di Filipina. – MalaysiaGazette

+ posts