KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menafikan mesej tular di media sosial berhubung berlakunya jangkitan novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) yang didakwa dikesan di satu kawasan di pusat beli belah Mid Valley dan Hospital Sunway Cheras.
KKM dalam Facebook rasminya memaklumkan bahawa kedua-dua mesej tersebut adalah berita palsu dan tiada kes koronavirus dikesan di kawasan tersebut.
“Jangan berkongsi atau menyebarkan berita palsu,” menurut kenyataan itu. – Bernama