Home Utama Kedutaan AS kecewa dengan kenyataan Dr. Mahathir terhadap Trump

Kedutaan AS kecewa dengan kenyataan Dr. Mahathir terhadap Trump

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Persidangan Liga Ahli Parlimen Untuk Al-Quds (LP4Q) Ketiga di One World Hotel, Petaling Jaya, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 08 FEBRUARI 2020.

KUALA LUMPUR – Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed terhadap Presiden Donald Trump.

Menurut kenyataan kedutaan AS itu, kenyataan Dr. Mahathir tidak mempamerkan semangat dialog yang membina yang telah menjadi asas hubungan antara kedua-dua negara sejak sekian lama.

“Kami kecewa dengan kenyataan Perdana Menteri mengenai Presiden Trump,” kata kenyataan kedutaan itu melalui akaun Twitternya hari ini.

Semalam, pada Persidangan Liga Ahli Parlimen Untuk Al-Quds (LP4Q), Dr. Mahathir secara sinis berharap Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akan meletak jawatan.

Perdana Menteri yang diminta memberi nasihat kepada Trump yang didakwa akan menggunakan kedudukan negaranya sebagai dunia besar untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya Israel yang akan berlangsung tidak lama lagi berkata, Senator negara itu akan membuat keputusan bijak dalam menentukan kedudukan Trump.

Menurut kenyataan itu, menerusi sejarah Malaysia, kerjasama antara AS dan Malaysia telah membuahkan hasil yang penting untuk rantau ini dan global dengan bekerjasama dalam isu-isu keselamatan, perdagangan, pendidikan, kesihatan awam dan alam sekitar. – MalaysiaGazette

Donald Trump perlu letak jawatan – PM

2 Komen

  1. Buat apa nak masok hal rmh tangga org.Kita dh mewujudkan konflik ekonomi dgn India dan nak lagi mencetuskan konflik dgn Amerika.Sedarlah kita cuma jari kelingking shj.

  2. PM macam ni yang dunia Islam perlukan. Bukan pm yang terhegeh2 nak jilat jubo trump semata2 dia tu ‘polis dunia’, sebab nak jaga hubungan diplomatik, ekonomi negara, bla3.

Comments are closed.