Home Nasional Tamrin Ghafar dipanggil ke Bukit Aman berhubung tulisan mengkritik TMJ

Tamrin Ghafar dipanggil ke Bukit Aman berhubung tulisan mengkritik TMJ

Tamrin Ghafar
Tamrin Ghafar

KUALA LUMPUR – Datuk Mohd Tamrin Tun Abdul Ghafar dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berhubung tulisannya di laman Facebook dan di blognya bertajuk “TMJ-Bodoh Sombong Yang Tak Boleh Diajar”.

Tulisan tersebut dimuat naik di Facebook Dato’ Mohd Tamrin Tun Abdul Ghafar pada 2 February lalu yang mengandungi 36 perkara berkaitan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Beliau yang merupakan anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri memaklumkan tentang perkembangan terbaharu dipanggil ke Bukit Aman itu dalam kenyataan di sini.

“Saya telah dipanggil ke Bukit Aman pukul 11 pagi esok berkaitan tulisan saya bertajuk: “TMJ – Bodoh Sombong Yang Tak Boleh Diajar“,” katanya seperti yang dilaporkan Malaysiakini.

Artikel tersebut turut dimuatnaik di blognya http://tamrintunghafar.blogspot.com/.
Dalam tulisannya itu, Tamrin mengkritik TMJ berkaitan hantaran pemangku Sultan Johor di laman Facebook baru-baru ini mengenai wabak koronovirus apabila Tunku Ismail mengingatkan semula apa yang baginda pernah lontarkan dua tahun lalu.
Selain itu Tamrin turut menulis tentang beberapa perkara menyentuh tentang Istana Johor dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. – MalaysiaGazette

2 Komen

Comments are closed.