Home Dunia Airbnb gantung semua tempahan di China

Airbnb gantung semua tempahan di China

Gambar hiasan

BEIJING – Airbnb menggantung semua tempahan di China hingga 29 Februari ini berikutan jumlah kematian akibat wabak koronavirus melepasi 900 kes.

“Susulan wabak koronavirus novel dan panduan dari pihak berkuasa tempatan untuk industri sewa jangka pendek semasa kecemasan kesihatan awam ini, maka semua tempahan di Beijing dengan mendaftar masuk dari 7 Februari 2020 hingga 29 Februari 2020 telah digantung,” kata Airbnb.

Keputusan itu hanya untuk Beijing, jurucakap Airbnb China, sambil menambah syarikat itu sentiasa menilai keadaan dan bekerjasama dalam mematuhi panduan daripada pihak berkuasa tempatan. – MalaysiaGazette