SINGAPURA – Harga minyak terus menyusut daripada awal kemuncak AS$70 setong pada awal Januari berikutan kebimbangan lebihan bekalan dalam pasaran selepas penularan koronavirus yang menjejaskan permintaan di China.
China adalah pengimport terbesar di dunia.
Harga minyak Brent mencecah paras terendah AS$53.63 setong dan mencapai harga AS$ 54.09 pada 0100 GMT, turun AS$0.38.
West Texas Intermediate jatuh AS$0.38 sen kepada AS$49.94 setong selepas mencecah paras terendah AS$49.56.
Kekhuatiran bekalan berterusan pada hari Jumaat apabila Rusia berkata, ia memerlukan lebih banyak masa untuk membuat keputusan tentang cadangan daripada jawatankuasa teknikal yang menasihatkan OPEC untuk mengurangkan pengeluaran lebih 600,000 tong sehari. – MalaysiaGazette.