SYDNEY – Saham-saham dan harga minyak jatuh dalam dagangan hari ini susulan jumlah kematian akibat koronavirus meningkat melepasi epidermik SARS, meningkatkan amaran tentang bahaya virus itu.
Kira-kira 908 orang disahkan meninggal dunia di wilayah Hubei semalam dengan kebanyakan kematian berlaku di Wuhan.
MSCI, indeks saham Asia-Pasifik di luar Jepun susut 0.7% berada di landasan untuk mengalami kerugian pada hari kedua.
Nikkei Jepun jatuh 0.8% sementara bursa Korea Selatan, KOSPI turun 1.4% dan saham Australia berkurangan 0.5%.
Kerugian berterusan dari Wall Street sejak hari Jumaat, selepas Dow Jones susut 0.9% manakala S & P 500 dan Nasdaq masing-masing turun 0.5%.
Hadapan E-mini untuk S & P 500 juga susut 0.3% pada hari Isnin.
“Pasaran menjadi sensitif terhadap tajuk utama virus. Dalam persekitaran ini, kami memilih kedudukan bertahan.
“Pasaran akan sensitif terhadap berita coronavirus kerana kilang-kilang dan pelabuhan di China dibuka semula,” kata ANZ Bank dalam nota penyelidikannya.
Harga minyak tergelincir ketika Rusia berkata ia memerlukan lebih banyak masa sebelum melakukan pemotongan output bersama-sama dengan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan pengeluar lain di tengah permintaan yang jatuh untuk mentah ketika China memerangi koronavirus.
Sejak 17 Januari, harga minyak jatuh sebanyak 14% manakala tembaga telah turun sekitar 10%.
Niaga hadapan minyak mentah Brent merosot sebanyak RM0.52 kepada AS$ 53.95 setong, sementara niaga hadapan minyak Amerika Syarikat susut AS$0.45 kepada AS$ 49.87 setong.
Manakala harga hadapan emas Amerika Syarikat menokok sebanyak 0.3% pada AS$ 1,577.5 bagi setiap auns. Emas spot lebih tinggi kepada AS$ 1,574.4. – MalaysiaGazette