Home Nasional Mahdzir nafi ‘dibeli’ dengan wang RM50,000

Mahdzir nafi ‘dibeli’ dengan wang RM50,000

Mahdzir Khalid

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menafikan dirinya menerima wang sebanyak RM50,000 daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin selepas penganugerahan projek mega tenaga solar di Sarawak.

Peguambela Datin Seri Rosmah Mansor, Jagjit Singh mencadangkan perkara itu dengan berkata, wang itu ingin digunakan Mahdzir untuk kegunaan perbelanjaan di London.

Jagjit: Pada 19 Disember 2015, Datuk Seri ada meminta atau beberapa kali memberitahu Saidi, kamu mahu ke London dan ini melibatkan perbelanjaan yang besar dan kemudian Saidi memberi kamu RM50,000 untuk menampung perbelanjaan. Adakah kamu bersetuju?

Mahdzir: Saya tidak bersetuju.

Mahadzir juga menafikan wang itu sebagai imbalan kepadanya setelah memudahkan urusan Jepak Holdings.

Jagjit: Dengan menerima RM50,000, kamu telah dibeli oleh Saidi. Sebab itu mesej dari Saidi berbunyi “seperti dijanjikan YB”. Adakah kamu bersetuju atau tidak setuju?

Mahdzir: Saya tidak bersetuju.

Terdahulu Mahadzir dibacakan semula pesanan ringkas daripada Saidi kepadanya yang bertanyakan tentang Letter of Award (LA) yang masih belum diterimanya. – MalaysiaGazette