UMNO akan mendapatkan penjelasan daripada PAS berhubung langkah membawa usul undi percaya menyokong Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan kepemimpinannya sehingga habis penggal.
Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, langkah itu dilakukan kerana kedua-dua parti tersebut memerlukan kebersamaan selepas termeterainya Muafakat Nasional.