KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengingatkan ahli-ali UMNO supaya sentiasa memperingati peristiwa Empayar Uthmaniyah yang tumbang akibat perbuatan dalang daripada orang dalam.
Malah, katanya, ahli-ahli UMNO perlu berhati-hati dalam setiap tindakan dengan tidak tikam menikam sesama sendiri.
“Saya mengandaikan kerajaan Empayar Uthmaniyah itu jatuh kerana bukan daripada luar tapi daripada dalam.
“Jadi berhati-hati supaya jangan ada dalang-dalang atau orang yang tikam daripada belakang. Jangan khianati perjuangan itu ia secara umum, saya tak merujuk kepada mana-mana,” katanya ketika ditemui selepas perasmian Muafakat Nasional Bandar Tun Razak di sini, malam ini.
Sementara itu dalam ucapannya Mohamad berkata, ahli UMNO tidak perlu berasa pening untuk memikirkan kewujudan kerajaan yang kononnya hendak ditubuhkan melalui pintu belakang.
Katanya, ahli UMNO juga perlu berhati-hati agar strategi yang hendak dilakukan tidak dibaca oleh musuh.
“Strategi janganlah sampai dibaca orang, orang jangan baca langkah kita, itu bahaya jejak kita dibaca.
“Kita mahu menang PRU15, PH mesti dikalahkan, apa rundingan kita, kita duduk sesama kita. jangan heboh dekat orang,” ujarnya. – MalaysiaGazette
Artikel berkaitan:
Takut-takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula keciciran – Tok Mad
Kedua2 PAS UMNO kena jaga Muafakat Nasiona baik2, insyaAllah diberi kepercayaan nanti!