DHAKA – Sekurang-kurangnya 15 pelarian Muslim Rohingya meninggal dunia dan banyak lagi masih hilang selepas kapal yang membawa kira-kira 130 orang penumpang terbalik di Teluk Bengal ke Malaysia ketika cuba menghampiri perairan Malaysia.
Kapal itu telah terbalik berhampiran Pulau Saint Martin, di hujung tenggara Bangladesh.
Kira-kira 70 orang yang berada di dalam kapal itu berjaya diselamatkan.
Pelarian yang terlibat itu adalah mereka yang melarikan diri secara haram dari kem-kem di Cox’s Bazar dekat Bangladesh.
“Ia tidak berperikemanusiaan. Kapal itu membawa kira-kira 130 orang, sedangkan ia berkapasiti 50 orang,” kata seorang sumber.
Wanita dan kanak-kanak antara yang maut.
Tindakan keras oleh tentera Myanmar ke atas Rohingya menyebabkan lebih daripada 730,000 umat Islam Rohingya melarikan diri ke Bangladesh. – MalaysiaGazette