Home Nasional Peguambela Rosmah mahu maklumat pemilikan rumah Mahdzir

Peguambela Rosmah mahu maklumat pemilikan rumah Mahdzir

Datuk Seri Mahdzir Khalid

KUALA LUMPUR – Peguambela Datin Seri Rosmah Mansor ingin meneliti maklumat berkenaan  pemilikan rumah bekas Menteri Pendidikan yang menjadi saksi perbicaraan membabitkan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar Sarawak.

Justeru di Mahkamah Tinggi hari ini, Jagjit Singh meminta Datuk Seri Mahdzir Khalid membawa maklumat tentang pemilikan rumahnya yang sebelum dikatakan Mahdzir milik sebuah syarikat esok.

Selain itu, saksi kelima perbicaraan  kes rasuah yang dihadapi isteri bekas perdana menteri itu juga diminta untuk membawa maklumat tentang para pemegang saham dan pengarahnya syarikat yang memiliki kediamannya.

Jagjit: Boleh anda bawakan semua maklumat esok? Termasuk pemegang saham dan pengarah syarikat yang Datuk Seri kata pemilik rumah?

Mahdzir: Saya cuba (bawa esok).

Rumah yang dimaksudkan oleh pasukan pembeelaan Rosmah adalah di Country Height.

Semalam, soalan tentang pemilikan rumah Mahdzir diajukan oleh Jagjit namun beliau tidak memanjangkan pertanyaannya oleh kerana Mahdzir berkata beliau tidak memiliki rumah tersebut sebaliknya ia dilimiliki sebuah syarikat.

Perbicaraan hari keempat hari ini bermula dengan peguambela Rosmah mendakwa Mahdzir seorang menteri yang korup dengan bersetuju memberikan projek perbekalan tenaga solar kepada Jepak Holdings dengan habuan sebanyak RM60 juta.

Namun bekas menteri itu menafikan tuduhan terhadapnya termasuklah dakwaan Jepak Holdings bersetuju menberikannya RM1 juta setiap bulan selama lima tahun berturut-turut. -MalaysiaGazette