TERKINI : Pakej Rangsangan Ekonomi Akan Diumum Selewat-lewatnya Awal Mac – Lim Guan Eng

PUTRAJAYA- Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad bakal melancarkan pakej rangsangan ekonomi pada penghujung bulan ini atau selewat-lewatnya pada minggu pertama Mac.

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini. “Kami sedang mengumpulkan input daripada semua pihak. “Kami telah mula mengadakan pertemuan sejak semalam dan akan mengadakan mesyuarat lanjutan tidak lama lagi.

“Seperti yang saya tekankan sebelum ini, kami perlu memastikan pakej rangsangan ini benar-benar telah bersedia sebelum ia boleh dilancarkan,” katanya semasa sidang media selepas majlis perluasan Skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat MySalam di sini.