Home Politik Bukan ajak berdebat, hanya dialog secara ilmiah – Asyraf

Bukan ajak berdebat, hanya dialog secara ilmiah – Asyraf

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki berkata, beliau bukan mahu berdebat dengan Datuk Seri Dr Mujahid Mohd Yusof tetapi sekadar berdialog secara ilmiah.

Ketua Pemuda UMNO itu berkata, ajakannya itu dibuat selepas Mujahid membuat pelbagai tuduhan terhadap kerajaan terdahulu dengan mendakwa Lembaga Tabung Haji diselewengkan.

Tegasnya, banyak persoalan mengenai Tabung Haji yang memerlukan jawapan tuntas daripada Mujahid selaku Menteri yang bertanggungjawab dengan organisasi yang bertanggungjawab dengan Tabung Haji.

Artikel berkaitan: Mujahid dicabar berdialog dengan Asyraf Wajdi di Astro Awani

Mujahid jumpa Dong Zong boleh tapi tolak dialog Asyraf

Asyraf boleh dialog tapi bukan dengan saya – Mujahid

Saya bukan nak ganyang Mujahid, cuma nak dialog – Asyraf

Antaranya, jualan lambak ke atas 76.2% ladang-ladang milik TH Plantations yang berkeluasan 101,000 hektar kini menjadi hanya 24,000 hektar pada masa harga sawit sudah pulih dan sudah tentulah Menteri perlu segera menghentikannya.

Selain itu, Mujahid perlu menjawab mengapa ditukar jurunilai baharu sehingga penilaian harga jauh daripada nilai buku asal (RM380 juta kepada hanya RM122 juta dan mengapa dijual kepada Tamaco pada harga RM177 juta dibawah nilai buku penilaian asal (hilang RM210 juta).

Dengan bahasa mudah, Tamaco memperoleh ‘diskaun’ selepas pertukaran jurunilai,

“Sekiranya penjualan ini adalah bagi membaiki ratio ekuiti:hutang, kenapa dijual dengan harga sedemikian? Bukankah sepatutnya dijual dengan kadar sama atau lebih tinggi dari harga pasaran?

“Mengapa dijual ladang-ladang ini jika kerugian syarikat hanya sekali dalam tempoh 12 tahun? (TH Plantations tidak pernah rugi sejak tahun 2006 hingga 2017. Ia hanya rugi pada tahun 2018 iaitu selepas kejatuhan besar-besaran harga sawit)

“Mengapa dijual ladang-ladang sawit ini ketika harga sawit sedang memulih?( Kos break-even TH Plantations adalah RM2200 per tan. THP rugi pada tahun 2018 apabila harga minyak sawit menjunam ke RM2000 se tan. Tetapi hari ini harga sawit sudah mencecah RM2900/tan)

“Mengapa Tamaco yang dipilih membeli ladang-ladang Tabung Haji? Bukankah sepatutnya segala penjualan aset kepada pihak luar/swasta semoleknya melalui proses tender supaya THP mendapat nilai yang terbaik? soal Asyraf.

Tegas Asyraf, ini hanyalah sebahagian sahaja persoalan mengenai Tabung Haji yang rakyat berhak dapat jawapan tuntas.

“Ini bukan politik murahan!,” katanya yang menyifatkan tindakan menghantar pemimpin Parti Amanah Negara (Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia) untuk mencabar debat dengan beliau sebenarnya adalah politik murahan. – MalaysiaGazette

Kerana nama saya Mujahid, seorang pejuang