Home Ekonomi CIMB atur bantuan kepada pelanggan terjejas akibat koronavirus

CIMB atur bantuan kepada pelanggan terjejas akibat koronavirus

Gambar hiasan CIMB

KUALA LUMPUR – CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad telah mengatur beberapa bantuan kepada para pelanggan yang terjejas dengan wabak koronavirus.

Para pelanggan CIMB yang telah terjejas layak untuk melaksanakan penstrukturan dan penjadualan semula pinjaman bagi meringankan beban mereka.

Untuk itu, mereka diminta berjumpa dengan bank untuk membincang penjadualan semula pembayaran pembiayaan masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz berkata, bank itu komited untuk memberi bantuan kepada pelanggan yang terjejas dengan kesukaran ini.

“Kami juga suka untuk meyakinkan pelanggan semua kes akan diberikan pertimbangan yang sewajarnya dan berharap semua langkah yang diambil akan memberi sedikit kelegaan kepada pelanggan yang terjejas,” ujarnya dalam kenyataan di sini. – MalaysiaGazette