Home Sukan Henderson mahu cabar Pickford

Henderson mahu cabar Pickford

Dean Henderson

LONDON – Penjaga gol muda Manchester United, Dean Henderson yakin boleh bersaing dengan Jordan Pickford untuk posisi penjaga gawang utama England bagi merealisasikan impiannya bermain di Euro 2020.

Henderson yang dipinjamkan ke Sheffield Wednesday United telah muncul menjadi pemain terbaik untuk Blades musim lalu sehingga mengejutkan banyak pihak dan meramalkan pemain itu merupakan aset terbaik untuk England.

“Mudah-mudahan saya dapat menjamin posisi utama di Euro. Itu merupakan hasrat yang saya cita-citakan.

“Dan saya rasa tidak ada yang salah dengannya, saya mensasarkan posisi itu (dalam pasukan kebangsaan England).

“Tentunya kami memiliki tiga penjaga gawang hebat (di England). Kami mempunyai skuad yang hebat dan ini akan menjadi pertempuran sengit untuk posisi itu,” katanya memetik laporan Buletin Manchester United.

Henderson, 22, sebelum ini berkata, dia  tidak berniat kembali ke United pada musim depan jika bukan menjadi penjaga gawang nombor satu kelab itu. – MalaysiaGazette