Home Politik Rakyat semakin benci – Annuar

Rakyat semakin benci – Annuar

Annuar Musa
Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Tindakan Lim Guan Eng yang menghina parti-parti politik orang Melayu dan Islam yang memiliki hampir 5 juta ahli menyebabkan rakyat pelbagai kaum dan agama semakin benci dengan DAP.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, DAP dilihat menimbulkan rasism dan Islamophobia serta punca kepada kemelut ekonomi rakyat dan negara.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung DAP itu mengenai isu Pakatan Nasional.

Dalam kenyataan tersebut, Guan Eng menyebut Pakatan Nasional bagi membenarkan Pas dan Barisan Nasional (BN) mengambil alih Pakatan Harapan (PH) dan Kerajaan Malaysia menerusi pintu belakang adalah bahaya kepada rakyat Malaysia.

Ini kerana, pakatan itu akan didominasi oleh Muslim dalam Kerajaan Persekutuan, secara terbuka menentang Perlembagaan Persekutuan dan institusi demokratik serta bukan Islam.

Ahli Parlimen Bagan itu menambah, Pas dengan jelas dan tegas menyatakan parti itu tidak mahu bukan Islam sebagai Menteri Kabinet, terutamanya dalam jawatan utama seperti Kementerian Kewangan, walaupun tidak ada larangan sedemikian dalam Perlembagaan Persekutuan.

Guan Eng berkata, permusuhan pemimpin Pas yang tidak terkawal terhadap pemimpin-pemimpin dan teknologi moden Barat akan menggelapkan masa depan Malaysia seperti di Kelantan. – MalaysiaGazette

Kerajaan pintu belakang Pakatan Nasional bakal cetus dominasi Islam – Guan Eng

1 Komen

Comments are closed.