Home MGNews TERKINI : Indeks Hidup Bersama Bakal Dibangunkan Pertengahan 2020 – TPM

TERKINI : Indeks Hidup Bersama Bakal Dibangunkan Pertengahan 2020 – TPM

Institut Darul Ehsan (IDE) dengan kerjasama pelbagai universiti akan membangunkan Kajian Indeks Hidup Bersama di peringkat nasional.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, ia bertujuan menilai sejauh mana persepsi masyarakat berkaitan dengan Indeks Hidup Damai Bersama dari segi perseptif sosiologi dan psikologi.

“Kajian ini akan membolehkan kita mengetahui isu-isu keharmonian dan perkauman yang berbangkit di dalam masyarakat dan membuat intervensi penyelesesaian holistik.

“Indeks dan kajian ini akan dibuat di peringkat nasional dan turut disesuaikan di peringkat negara jiran serantau.

“Ini kerana sikap satu rumpun rantau ini mempunyai keunikan dan citra tersendiri,” katanya berucap pada Persidangan Serantau Hidup Bersama Dalam Budaya Damai 2020 di Hotel Grand Blue Waves, di sini, hari ini.