Home Ekonomi StanChart tawar pembayaran faedah pinjaman

StanChart tawar pembayaran faedah pinjaman

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Standard Chartered Malaysia dan perbankan Islamnya,  Standard Chartered Saadiq Malaysia menawarkan pembayaran faedah ke atas pinjaman kepada pelanggan runcit serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terkesan dengan wabak Covid-19.

Pilihan pembayaran itu dibenarkan sehingga enam bulan, kata Ketua Perbankan Peruncitan, Lai Pei Si.

“Kami menyedari ada pelanggan mengalami kesan ke atas aliran tunai, lantaran itu kami menawarkan bantuan bagi menyokong mereka menghadapi saat-saat sukar,” katanya dalam satu kenyataan di sini. – MalaysiaGazette