KUALA LUMPUR – Ekonomi negara dijangka berkembang kepada 4.5 peratus pada tahun ini, disumbangkan oleh permintaan domestik dan pemulihan dalam sektor perlombongan dan pembinaan.
MIDF Research berkata, pengurangan Dasar Kadar Semalaman (OPR) dan pengenalan pakej rangsangan ekonomi yang bakal diumumkan tidak lama lagi diramal meningkatkan domestik.
“Kadar inflasi yang baik dan pengambilan pekerjaan yang berterusan akan menyokong pertumbuhan.
“Selain itu, kenaikan harga komoditi secara berperingkat-peringkat akan menyokong jualan minyak mentah dan gas asli cecair, selain minyak kelapa sawit bagi tahun ini,” kata firma penyelidikan ini dalam nota penyelidikannya.
Ekonomi Malaysia merekodkan pertumbuhan terendah dalam tempoh sedekad kepada 4.3 peratus bagi keseluruhan tahun 2019.
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku ketiga 2019 berkembang kepada 3.6 peratus, kedudukan terendah dalam tempoh 41 bulan.
Gabenor Bank Negara Malaysia ketika mengumumkan prestasi suku keempat ekonomi negara 2019 berkata, prestasi ekonomi itu disebabkan gangguan bekalan dalam sektor komoditi pada suku keempat 2019. – MalaysiaGazette
Ekonomi Malaysia tumbuh 4.3% tahun 2019, terendah dalam 10 tahun