KUALA LUMPUR – Kedutaan Amerika Syarikat di sini akan ditutup pada Isnin 17 Februari ini sempena Hari Presiden.
Hari Presiden disambut setiap Isnin ketiga pada bulan Februari, bagi memperingati ulang tahun dua pemimpin Amerika Syarikat – George Washington, yang dilahirkan pada 22 Februari dan Abraham Lincoln pada 12 Februari.
Semua perkhidmatan Kedutaan, termasuk wawancara visa, pemprosesan pasport Amerika, dan perkhidmatan notarial akan disambung semula pada Selasa, 18 Februari.
Nombor telefon kedutaan untuk kecemasan adalah (03) 2168-5000. – MalaysiaGazette