KUALA LUMPUR- Harga runcit RON95 naik dua sen seliter kepada RM2.04 manakala harga runcit diesel naik enam sen seliter kepada RM2.08 bagi tempoh 15 Februari 2020 sehingga 21 Februari 2020.
Harga runcit petrol RON 97 juga naik dua sen seliter kepada RM2.34.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata, berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah masing-masing sebanyak RM2.06 seliter dan RM2.14 seliter.
“Ini menunjukkan kenaikan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.04 seliter dan diesel yang berada pada paras RM2.08 seliter, tetapi masih di bawah had harga yang ditetapkan iaitu RM2.08 seliter untuk RON95 dan RM2.18 seliter untuk diesel.
“Justeru, harga runcit bagi kedua-dua produk dinaikkan pada paras RM2.06 seliter dan RM2.14 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat.
“Namun apabila harga pasaran dunia naik dan demi melindungi pengguna daripada mengalami impak kenaikan harga runcit produk petroleum akan dikekalkan tidak melebihi RM2.08 dan RM2.18 seliter bagi RON 95 dan diesel melalui pemberian subsidi. – MalaysiaGazette