Home Dunia Senat luluskan undi halang Trump perang dengan Iran

Senat luluskan undi halang Trump perang dengan Iran

Donald Trump. foto Agensi

WASHINGTON – Republikan telah meluluskan rang undang-undang Senat untuk mengehadkan keupayaan Presiden Donald Trump melancarkan peperangan dengan Iran.

Resolusi kuasa perang dengan Iran telah diluluskan dengan undi 55-45 – beberapa jam selepas Trump memberi amaran bahawa Amerika Syarikat (AS) semakin tidak selamat.

Senat telah meluluskan versi rang undang-undang pada bulan Januari, selepas Trump memerintahkan Jeneral Revolusi Elit Iran, Qassem Soleimani dibunuh.

Namun, Trump dijangka mendapatkan veto ke atas rang undang-undang itu apabila ia dikemukakan di White House.

Semalam, lapan wakil Republikan yang mempunyai majoriti dalam Senat, mengundi memihak kepada Trump untuk mendapatkan nasihat Kongres sebelum melakukan operasi ketenteraan terhadap Iran.

Sehari sebelum undian itu, Trump Tweet: “Sangat penting bagi keselamatan negara kita bahawa Senat Amerika Syarikat tidak mengundi untuk Resolusi Kuasa Perang Iran.”

“Kami sedang berusaha dengan baik dengan Iran dan ini bukan masa untuk menunjukkan kelemahan … Jika tangan saya terikat, Iran akan mempunyai peluang bertindak, menghantar isyarat yang sangat buruk. Demokrat hanya melakukan ini sebagai usaha untuk memalukan Parti Republikan”.

Resolusi itu memerlukan Trump untuk menarik keluar tentera yang terlibat dalam permusuhan dengan Iran melainkan Kongres mengisytiharkan perang atau meluluskan resolusi yang membenarkan penggunaan kuasa tertentu.

Ia menambah, tiada bahagian resolusi “akan ditafsirkan untuk mengelakkan Amerika Syarikat daripada mempertahankan dirinya daripada serangan yang akan berlaku”.

Dalam satu kenyataan, tentera Amerika SYairkat berkata, USS Normandy telah merampas, peluru berpandu anti-tangki “150 ‘Dehlavieh” serta “tiga peluru berpandu permukaan udara Iran, skop senjata imejan haba Iran dan komponen untuk kapal tanpa pemandu” . – MalaysiaGazette