Home Ekonomi FGV ceburi bidang tenusu

FGV ceburi bidang tenusu

Haris Fadzilah Hassan

KUALA LUMPUR– FGV Holdings Berhad (FGV) meneroka perniagaan peladangan tenusu dan pemprosesan susu segar dengan memiliki 60 peratus kepentingan ekuiti dalam RedAgri Farm Sdn. Bhd. pada harga RM10 juta.

Pengambilan alih syarikat pemilik produk tenusu jenama Bright Cow itu merupakan langkah pertama syarikat peladangan sawit terbesar Malaysia untuk menjadi sebuah syarikat agro-makanan bersepadu.

Ini juga membolehkan FGV untuk mencipta lebih banyak nilai daripada sumber sedia ada dan dalam masa yang sama menjalin sinergi dalam kitaran ekonomi berasaskan kelapa sawit.

“Peladangan tenusu telah dikenal pastu sebagai salah satu tiang dalam perniagaan peladangan bersepadu kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Haris Fadzilah Hassan dalam satu kenyataan di sni.

Antara komponen utama lain adalah nutrisi haiwan; padi dan beras serta tanaman kontan termasuk nanas MD2 dan pisang berangan.

Ketika ini RedAgri memproses 4,000 liter susu segar setiap hari dan dijangka ditingkatkan kepada 20,000 liter sehari menjelang 2022.

Dengan sokongan peladang kontrak, FGV dijangka dapat meningkatkan pengeluaran bagi memenuhi lebihan permintaan tempatan.

Malaysia mengimport produk tenusu bernilai kira-kira RM3.9 bilion setiap tahun kerana pengeluaran tempatan hanya mampu menghasilkan 67.1 juta liter setahun atau hanya kira-kira 60 peratus daripada permintaan domestik.

Manakala baki 40 juta lagi adalah daripada sumber import.

Senario yang sama berlaku kepada beberapa produk makanan utama lain yang sekali gus membuka peluang kepada organisasi seperti FGV untuk menjadi pengganti kepada import dan dalam masa yang sama menyokong wawasan kerajaan dalam kemakmuran bersama, katanya.- MalaysiaGazette

 

 

+ posts