Home Foto Pilihan LENSA MG | Jalur Gemilang Bukan Untuk Hari Kebangsaan Sahaja

LENSA MG | Jalur Gemilang Bukan Untuk Hari Kebangsaan Sahaja

Cuaca hujan tidak menghalang Azmi Mansor, 64 tahun untuk menyelenggara ratusan bendera Jalur Gemilang yang menghiasi kereta Proton Tiara miliknya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Medan Petaling Jaya, Selangor. foto IQBAL BASRI, 14 FEBRUARI 2020

Petaling Jaya – Kebiasaannya, kereta-kereta yang dihiasi dengan ratusan bendera Jalur Gemilang akan muncul menjelang sambutan Hari Kebangsaan.

Namun ianya berlainan kerana minat serta semangat cintakan negara, mendorong Azmi Mansor, 64 tahun untuk menghiasi kereta Proton Tiaranya dengan ratusan bendera Jalur Gemilang sepanjang tahun.

Azmi Mansor memulakan proses menghias kereta Proton Tiaranya dengan ratusan bendera Jalur Gemilang sejak dua tahun lalu. Beliau sudah membelanjakan sekitar RM2400 untuk membeli pelbagai saiz bendera dan penyelenggaran bendera tersebut agar sentiasa terpelihara sepanjang tahun.

“Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa saya sanggup menghabiskan wang dan masa untuk menghiasi kereta saya dengan bendera Jalur Gemilang.

“Saya lakukan semua ini kerana minat saya sendiri dengan harapan ia akan dapat membangkitkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat kita.

“Setiap kali saya singgah di mana-mana lokasi bersama kereta berhias saya ini, semua orang akan memuji ia cantik, kreatif dan macam-macam pujian lagi.

“Namun, tidak ramai yang sanggup mengorbankan masa dan wang mereka untuk tujuan ini seperti yang saya lakukan.

“Bagi saya kepuasan yang saya peroleh adalah apabila terdapat pemandu lain membunyikan hon tanda sokongan dan apabila pelancong mahu bergambar bersama kereta saya, ianya sudah cukup membuatkan saya puas.

“Saya juga percaya jika pertandingan diwujudkan bagi menghiasi kereta atau apa jua kenderaan sempena Hari Kebangsaan saya yakin pasti ramai yang akan mengambil langkah yang sama,” katanya.

Cuaca hujan tidak menghalang Azmi Mansor, 64 tahun untuk menyelenggara ratusan bendera Jalur Gemilang yang menghiasi kereta Proton Tiara miliknya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Medan Petaling Jaya, Selangor. foto IQBAL BASRI, 14 FEBRUARI 2020
Minat yang mendalam ditunjukkan Azmi Mansor, 64 tahun untuk menghias dan menyelenggara ratusan bendera Jalur Gemilang pada kereta Proton Tiara miliknya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Medan Petaling Jaya, Selangor. foto IQBAL BASRI, 14 FEBRUARI 2020

Azmi Mansor, 64 tahun sering membawa kereta Proton Tiara miliknya yang dihiasi dengan ratusan bendera Jalur Gemilang bagi tontonan pelancong ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 14 FEBRUARI 2020