AMPANG – “Nanti saya suruh Ketua Ranting jawab dia lah”.
Itu reaksi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika ditanya dakwaan bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor bahawa Azmin menjadi orang tengah pertemuan pemimpin Pas dan Tun Mahathir Mohamad di London baru-baru ini.
“Saya akan meminta Ketua Ranting untuk respond kepada dia (Ezam),” katanya kepada wartawan sambil beredar meninggalkan Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kampung Baru Ampang malam tadi.
Terdahulu beliau hadir bersama Ahli Parlimen Ampang merangkap Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin ke sambutan Tahun Baru Cina 2020 Parlimen Ampang dan DUN Bukit Antarabangsa sebentar tadi.
Ezam sebelum ini mendakwa Azmin merupakan individu yang memulakan langkah untuk merosakkan peralihan kuasa antara Mahathir dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Azmin jadi Menteri Ekonomi yang sabotaj ekonomi. Inilah satu menteri Malaysia di mana dia merosakkan peralihan kuasa.
“Kalau dia tidak mula, ingat UMNO nak buat. Dia ingat Pas terhegeh-hegeh nak buat (undi percaya PM). Ini semua kerja dia sebab itu dia bawa Menteri Besar Terengganu dan pemimpin Pas pergi London jumpa Tun Dr Mahathir. Bukan sekali tapi dua kali.
“Dia akhirnya sabotaj ekonomi negara. Dia kaburkan peralihan kuasa sebab nak selamatkan diri dia dan sanggup jadi alat dan perkakas Mahathir,” kata Ezam dalam satu video yang tersebar hari ini di aplikasi WhatsApp baru baru ini.
Artikel berkaitan: Azmin bawa pemimpin Pas jumpa Tun M di London – Ezam
Dalam satu forum hari ini juga Ezam mendakwa Azmin sendiri memberitahunya tentang pertemuan pemimpin Pas dengan Dr Mahathir baru-baru ini.
Menurut Ezam, bukan setakat pertemuan itu sahaja, bahkan banyak lagi gerakan percubaan dilakukan Azmin untuk menghalang peralihan kuasa Perdana Menteri.-MalaysiaGazette
Artikel berkaitan;